Salam Hijrah Ukhwah Fillah 1431




 Salam Hijrah ukhwah fillah kepada semua pengikut blog yang naïf ini. Tak terlambat lagi rasanya untuk saya mengucapkan salam hijrah 1431 kerana sekarang masih lagi didalam bulan muharram. Dengan masuknya tahun baru ini bererti makin dekatlah diri kita kepada kematian, alam kubur, alam barzah dan bermulalah kiamat bagi seseorang insan. Dibulan ini juga dimana kemenangan islam membuka kota Mekah setelah bertahun berada didalam genggaman yahudi dan nasrani. Kalau pembaca masih ingat lagi peristiwa “Futuh Mekah” ini tidak melibatkan pertempuran yang menumpahkan darah. 360 buah berhala didalam kaabah dibawa keluar dan patung2 berhala disekitar ka’abah dihapuskan.  Tiada seekorpun yahudi disakiti bahkan nabi member jaminan barangsiapa yang bernaung dibawah kerajaan islam akan dibela haknya (kafir zimmi).
Apakah pengaruh hijrah nabi member kesan kepada golongan muda-mudi masakini?. Dimanakah golongan generasi masakini ketika menyambut hari bersejarah ini? Atau sibuk membuat persiapan pada malam yang berikutnya untuk tahun baru masehi?
Berapa ramai anak muda keluar pada malam countdown tersebut? Dengan siapakah anak gadis kita keluar? Di dataran merdeka atau dibelakang mahkamah?  Kat Danga Bay line clear tak malam tu? Berapa ramai anak gadis dan teruna yang kehilangan mahkota pada malam itu? Nak projek kat rumah siapa yang clear? Atau nak pergi mandi buih di Bangsar? Pembaca ada jawapannya. Masyarakat sekarang kurang dengan sensitiviti seperti dahulu. “kau jangan jaga tepi kain orang” mungkin perkataan keramat inilah yang menjadi panduan yang menyebabkan kurangnya sensitivity terhadap persekitaran. Institusi kekeluargaan akhirnya akan menjadi rapuh dan amat payah untuk memulihkannya kecuali kembali ke fitrah.
Pada situasi ini usaha2 dakwah perlu dipergiatkan. Pertama sekali ukuran dibuat terhadap ahli keluarga terdekat iaitu anak, emak, abah, kakak, abang, pakcik, makcik. Berdakwah pun perlu ada skill supaya ianya boleh diterima. Nah disini ada tips dakwah untuk ibu , bapa, nenek, datuk atau mereka yang lebih tua dari kita.
“Mak tengoklah, semua adik beradik mak dah pergi, takkan mak nak pergi jumpe mereka nanti dalam keadaan yang belum bersedia. Nanti nenek mesti marah mak sebab mak tak pernah nak solat. Orang yang tak solat dia akan dihisap last sekali”
Ustaz Azhar Idrus didalam ceramahnya baru2 ini ada menyatakan, untuk mendakwah orang tua kita mesti relate kan dengan kematian, barulah member kesan kepadanya yangmendalam. Mungkin ini adalah kerana faktor umur yang semakin pendek untuk bertemu sang izrail.
Semoga kita lebih bersedia pada cabaran yang akan datang dengan sedikit iman didada. Sedikit coretan untuk memulakan tahun baru hijrah ini buat teman2 yang mengenali diri. Bersama-samalah kita mencari redha Allah dalam apa cara sekalipun. Akhir kata “ Agama itu nasihat”
Wasallam.
A’a Amir.


 Doa Taubat Dan istighfar
“Aku minta ampun daripada Allah yang tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain daripadaNya, yang hidup dan yang menguruskan makhlukNya dan aku bertaubat kepadaNya”

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Detik Pemergianmu

Selamat Menghayati Ramadhan Al-Mubarak