Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2010

Helikopter Terhempas

Imej
Gambar bersama-sama teman di Miri, Sarawak Cerita ini ditulis pada lima tahun lepas ketika baru sahaja join dalam bidang oil and gas. Diharap enjoy membacanya. Saya nak berkongsi pengalaman yang tak mungkin saya lupakan. Duti saya pada pagi ini ke Offshore. Seperti biasa seawal pagi bangun dan terus ke airport (helipad). Setelah menaiki heli saya duduk di tempat yang paling jauh dari door exit. Semasa heli berlepas terasa seronok dan tergelak besar didalam hati. Hatiku berkata “ kalau kapal udara mungkin semua orang boleh naik, tapi kalau heli hanya orang yang tertentu sahaja”, Kata hatiku. Pada permulaan perjalanan semuanya o.k tiada apa yang berlaku. Saya amat bergembira menikmati pemandangan laut yang membiru disamping bunyi heli yang bising, ( tetapi saya pakai earplug). Dengan tiba-tiba kedengaran arahan yang tak sanggup di dengari dari pilot bertugas…..BRACE…BRACE….BRACE…( BRACE = arahan untuk duduk bersiap sedia semasa berlaku kecemasan

Kisah Tentang Lobak Merah, Telur Dan Kopi

Imej
Panaskan 3 buah kuali berisi air diatas api. Pada kuali yang pertama masukkan beberapa batang lobak merah, pada kuali yang kedua masukkan beberapa biji telur dan yang pada yang ketiga masukkan beberapa biji kopi yang sudah dihaluskan menjadi serbuk kopi. Panaskan ketiga-tiga kuali tersebut selama 15 minit. Selepas itu keluarkan isi dari ketiga-tiga kuali tersebut. Lobak merah yang sebelumnya keras sekarang sudah menjadi lembut. Telur yang sebelumnya cair dibahagian dalamnya, sekarang menjadi keras dan serbuk kopi telah menghilang tetapi air panas telah berubah warnanya dan mempunyai bau kopi yang sangat harum. Nah, sekarang fikirkan tentang pekerjaan anda sekarang. Pekerjaan itu tidak selamanya mudah. Pekerjaan itu tidak selalunya selesa. Bahkan kadang-kadang pekerjaan menjadi sangat susah. Keadaan tidak berubah seperti yang kita inginkan. Orang-orang tidak memperlakukan kita seperti yang kita harapkan. Kita bekerja sangat keras, tetapi tidak me

Salam Hijrah Ukhwah Fillah 1431

Imej
 Salam Hijrah ukhwah fillah kepada semua pengikut blog yang naïf ini. Tak terlambat lagi rasanya untuk saya mengucapkan salam hijrah 1431 kerana sekarang masih lagi didalam bulan muharram. Dengan masuknya tahun baru ini bererti makin dekatlah diri kita kepada kematian, alam kubur, alam barzah dan bermulalah kiamat bagi seseorang insan. Dibulan ini juga dimana kemenangan islam membuka kota Mekah setelah bertahun berada didalam genggaman yahudi dan nasrani. Kalau pembaca masih ingat lagi peristiwa “Futuh Mekah” ini tidak melibatkan pertempuran yang menumpahkan darah. 360 buah berhala didalam kaabah dibawa keluar dan patung2 berhala disekitar ka’abah dihapuskan.  Tiada seekorpun yahudi disakiti bahkan nabi member jaminan barangsiapa yang bernaung dibawah kerajaan islam akan dibela haknya (kafir zimmi). Apakah pengaruh hijrah nabi member kesan kepada golongan muda-mudi masakini?. Dimanakah golongan generasi masakini ketika menyambut hari bersejarah