Catatan

TERAPIBIRU HOME PHOTOTHERAPY - FOR NEWBORN JAUNDICE AIMER RESOURCES ( 002407494-X ) SILA BACA SAMPAI HABIS... Reka bentuk yang unik 2 bahagian lampu atas dan bawah mengurangkan jumlah masa rawatan sebanyak 40%, yang membolehkan bayi pulih dengan cepat semasa proses rawatan berbanding dengan unit konvensional. Ciri-penting mengapa anda harus memilih kami sebagai rawatan jaundice anak anda ; • Tidak perlu kerap ulang alik dari klinik ke rumah dalam waktu yang panjang. • Mengurangkan pergerakan ib. u dan memudahkan penjagaan bayi di rumah. • Tiada isu aurat terdedah kerana sepanjang rawatan ibu boleh dalam keadaan tenang dan selesa di rumah • Mengurangkan kadar jangkitan. • Menggalakkan penyusuan secara kerap di rumah. • Tahan lama dan mesra pengguna. • Penjimatan tenaga elektrik. • Mengurangkan tempoh rawatan. • Mudah untuk digunakan. • Memberi keselesaan dan kebebasan pada ibu bayi kerana rawatan dilakukan di rumah. • Tiada bahagian yang bergerak serta direka

PETUA BERKESAN DAN SELAMAT CARA MERAWAT JAUNDICE PADA BABY

Imej
Sangat senang nak atasi masalah bayi jaundice, cal je http://terapibiru.blogspot.my/ mereka akan datang kerumah anda dan membawa mesin yang canggih lagi selamat. Tak perlu pening kepala fikir banyak. Panggil lampu, lampu datang. MAHAL? Mana ada mahal kalau compare dengan masa berkualiti dan kesakitan baby akibat dari ulangkali ambil darah. CHEAPEST IN TOWN they can guaranteed you. TECHNOLOGY? Latest technology kot! Double phototherapy with LED lamp. Energy saving, less heat produce 1° from the ambient temperature. Korang boleh on bila-bila dan tiada kekangan masa. Takdelah kena on 4 jam lepas tu of on 3jam mesin kena rehat… NO..NO..NO. Mesin lampu ni bukan buat dekat lab belakang rumah. Mesin ni CE Approval dan INTERNATIONAL MEDICAL SAFETY APPROVAL (ANSI/AAM/EN60601-1, UL/TUV). Memang berteknologi tinggi dan banyak lagi features lain. Pernah memenagi design award.. BERKESAN KE? No doubt, lihat testimony. SIAPA KENA HUBUNGI Puan Asma         019-9874746
Imej
Assalamualaikum semua, Dah lama betul tak singgah kat blog ni, dah bersawang berhabuk dah. Sekarang ni saya jarang ke offshore dan banyak masa dihabiskan di office. Sebelum ini banyak masa dihabiskan di tempat kerja berbanding dengan keluarga dan tibalah masanya untuk membayar semula masa dahulu yang banyak terluang. Biasalah duduk dengan family ni melayan keletah anak, ada lima anak, masing2 mempunyai perwatakan yang berlainan, dan saya semakin mengenali hati budi dan perangai setiap orang anak. Mungkin selama ini pentadbiran keluar banyak diserahkan kepada isteri tercinta, dialah ummi dialah abi, dialah driver, dialah bibik semua dia. Kasihan dia. Setelah bekerja didarat ni saya telah berhijrah semula ke Selangor, negeri dimana saya dibesarkan setelah hampir lebih kurang sepuluh tahun menetap di Terengganu Darul Iman. Apapun Terengganu satu negeri yang amat indah dan penduduknya memang peramah. “hujan emas dinegeri orang, hujan batu dinegeri sendiri, baik lagi dinegeri sendi

Terbang Tinggi

Imej
Kau ingin tahu terbang tinggi apa pengertiannya? Kau perlahan-lahan melangkahkan kaki Cuba mendaki sejauh lelangit yang tinggi Seperti mereka yang telah merasa Terbang tinggi apa pengertiannya Hidupnya bagaikan insan yang asing Si musafir berkelana di bumi yang lain Tiada bermegah tidak terlalu lemah Sebaik perkara yang sederhana Katakan hidup dengan pujian manusia Atau mati dengan cacian mereka Pengertian hidup bukanlah apa yang kau sangka Jangan kesal jangan sesal dengan siapa sebenarnya kita Dan terbang tinggi di langit yang luas Terima dirimu seadanya Jangan caci pada si dia hina Jangan benci pada yang tak mengertinya Kasihanilah dia yang tak menghayatinya Jangan takut kiranya kau berbeza Perbezaanya kita ilmu dan sikap Mungkin kelak kau akn mengertinya Pengertian hidup bukanlah apa yang kau sangka Jangan sesal jangan kesal Jangan kesal jangan sesal Terima dirimu seadanya Dan terbang tinggi dilangit yg luas

Bebaskan Palestin

Saksikan video klip yang sangat menarik ini, sesuai untuk direnung, mengenangkan nasib saudari kita di Palestin. 

Selamat Menghayati Ramadhan Al-Mubarak

Imej
Salam Ukhwah Ramadhan Sesungguhnya ramadhan itu bulan yang sungguh indah,penuh keberkatan,penuh kenikmatan,penuh kerahmatan dan keampunan dari Allah,namun ada diantara kita pada ramadhan tidak merasa akan kemanisan bulan yang mulia ini, masih lagi tidak berusaha merebut bonus berganda-ganda dari seisi dunia yang datang hanya setahun sekali.  Persoalannya, bagaimanakah untuk merasakan kemanisan ramadhan?. Pokok pangkalnya bergantung kepada individu itu sendiri , bagaimana ia melihat konteks ramadhan itu pada kacamatanya.Isilah kesempatan yang ada dalam bulan ramdhan ini dengan sebanyak mungkin aktiviti yang membolehkan kita merasai nikmat ramadhan kerana ia adalah suatu perkara yang perlu direbut,kita tidak tahu samada kesempatan ini akan datang lagi pada tahun hadapan. Kurangkan dari berbual2 kosong Kurangkan bercakap boleh mengurangkan dosa,bercakap hanya jika perlu sahaja.Ramadhan bukanlah satu sebab untuk kita tidak berkomunikasi sesama rakan, tetapi bercakap banyak mungkin bole

Ghibah secara Online

Imej
Gambar Sekadar Hiasan Segala puji Bagi Allah Yang Maha Pengampun segala kesalahan dan Maha Menerima taubat hamba-Nya. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad, keluarga dan sahabat Baginda. Jika diperhatikan hubungan sesama muslim, kita akan dapati satu fenomena yang amat mendukacitakan dan memalukan gagi seorang mukmin, dengan ikatan persaudaraan yang dirobek dan simpulan ukhuwwah yang terungkai, disebabkan oleh sangkaan dan prasangka buruk, syak wasangka dan tuduhan yang tidak berasas. Lemah pengetahuan dan akibat daripada cetek ilmu mendorong individu melakukan perkara ini. Scenario zaman masakini mengumpat adalah salah satu agenda penting tak kira pun dimana kita berada, di pejabat dengan ahli mesyuarat kedai kopi, di rumah dengan ahli mesyuarat tingkap, di radio secara ‘live’ dan pada zaman teknologi ni mengumpat secara ‘online’ di laman sembang sosial. Ini boleh dikatakan never ending mengumpat, online, online. Tentunya pembaca tak terlepas daripada perkara ini yang