Helikopter Terhempas


Gambar bersama-sama teman di Miri, Sarawak


Cerita ini ditulis pada lima tahun lepas ketika baru sahaja join dalam bidang oil and gas. Diharap enjoy membacanya.


Saya nak berkongsi pengalaman yang tak mungkin saya lupakan. Duti saya pada pagi ini ke Offshore. Seperti biasa seawal pagi bangun dan terus ke airport (helipad). Setelah menaiki heli saya duduk di tempat yang paling jauh dari door exit. Semasa heli berlepas terasa seronok dan tergelak besar didalam hati. Hatiku berkata “ kalau kapal udara mungkin semua orang boleh naik, tapi kalau heli hanya orang yang tertentu sahaja”, Kata hatiku. Pada permulaan perjalanan semuanya o.k tiada apa yang berlaku. Saya amat bergembira menikmati pemandangan laut yang membiru disamping bunyi heli yang bising, ( tetapi saya pakai earplug).
Dengan tiba-tiba kedengaran arahan yang tak sanggup di dengari dari pilot bertugas…..BRACE…BRACE….BRACE…( BRACE = arahan untuk duduk bersiap sedia semasa berlaku kecemasan didalam heli) Apalagi semua penumpang heli tersentak dan muka masing2 cuak giler. Heli yang dipandu pilot tidak dapat dikawal akibat hilang kawalan. Sambil duduk didalm keadaan brace saya pun tarik dan sedut nafas panjang2 kerana saya tahu heli kami akan terhempas dalam air. BUFFFFF……heli masuk ke dalam air dan terus berpusing, apa lagi semua orang cuak dan meleraikan tali pinggang semasa heli berpusing. Mengikut peraturan kami tidak dibenarkan keluar atau membuka tali pinggang sehingga air memenuhi ruang heli atau sehingga mendapat arahan dari pilot. Ini adalah kerana berlakunya perbezaan tekanan luar dan dalam heli. Tetapi apa yang berlaku sebaliknya. Ramai penumpang panic dan meleraikan tali pinggang, akibatnya mereka terapung dan hilang kawalan semasa heli berpusing. Semasa heli dalam kedudukan upside down saya pun meleraikan talipinggang dan tercari-cari ruang cahaya (tingkap @ pintu) untuk keluar dari heli. Semasa didalam air amat sukar untuk memandang kerana jarak penglihatan pada masa itu terhad disamping pula buble yang terbentuk semasa heli berpusing. Dalam keadaan kelam dan sedikit panic saya tercari cari ruang untuk keluar dari heli. Walaubagaimanapun saya menenangkan diri dan berfikir sejenak apa nasib seterusnya. Heli pada masa itu semakin tenggelam. Saya pusing kekiri dan kekanan dan terpandang satu titik cahaya yang kecil dan bernekad untuk menghampirinya. Dekat punye dekat makin lama titik tersebut membesar dan saya yakin dapat memboloskan diri pada ruang yang kecil itu (tingkap heli) Setelah selamat keluar saya mendapati semua rakan2 dah pun keluar, jadi saya adalah orang yang terakhir keluar dari heli tersebut.  Saya yang paling lambat bukan kerana saya yang paling lembap tetapi saya biarkan kawan2 yang panic giler tadi keluar dahulu, sebab lagi lama dalam heli lagi panic mereka. Syukur kerana diri ini selamat dari sebarang perkara yang tidak diingini. Begitulah pengalaman saya semasa menghadiri satu sesi untuk mendapatkan safety passport sebab nak keja kat offshore........Jangan marah

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Detik Pemergianmu

Selamat Menghayati Ramadhan Al-Mubarak