Selamat Menghayati Ramadhan Al-Mubarak

Salam Ukhwah Ramadhan

Sesungguhnya ramadhan itu bulan yang sungguh indah,penuh keberkatan,penuh kenikmatan,penuh kerahmatan dan keampunan dari Allah,namun ada diantara kita pada ramadhan tidak merasa akan kemanisan bulan yang mulia ini, masih lagi tidak berusaha merebut bonus berganda-ganda dari seisi dunia yang datang hanya setahun sekali.

 Persoalannya, bagaimanakah untuk merasakan kemanisan ramadhan?. Pokok pangkalnya bergantung kepada individu itu sendiri , bagaimana ia melihat konteks ramadhan itu pada kacamatanya.Isilah kesempatan yang ada dalam bulan ramdhan ini dengan sebanyak mungkin aktiviti yang membolehkan kita merasai nikmat ramadhan kerana ia adalah suatu perkara yang perlu direbut,kita tidak tahu samada kesempatan ini akan datang lagi pada tahun hadapan.

Kurangkan dari berbual2 kosong
Kurangkan bercakap boleh mengurangkan dosa,bercakap hanya jika perlu sahaja.Ramadhan bukanlah satu sebab untuk kita tidak berkomunikasi sesama rakan, tetapi bercakap banyak mungkin boleh menyebabkan kita tersalah cakap, mengumpat, mengata dll. Justeru itu kurangkan bercakap pada benda2 duniawi, banyakkan berzikir dan kalau boleh dengarlah bacaan al quran atau zikir.

Mengunjungi surau/masjid (beriktikaf)
Datanglah awal ke masjid/surau contohnya 15 atau 20 minit sebelum masuk waktu solat supaya kita dapat beriktikaf, berzikir,membaca al-quran atau bertafakur menilai kembali kelemahan diri serta menyesali dan bertaubat akan dosa2 yang lalu. Tidur dibulan Ramadhan juga mendapat pahala asalkan kita tidur tadi kerana Allah swt dan niatkan untuk mendapat sedikit tenaga dalam meneruskan pekerjaan selepas tidur kerana kerja itu dikira sebagai satu ibadah.

Bercerita
Bercerita tentang kebesaran Allah, pengorbanan anbiya’ dan nabiallah, kelebihan bulan ramadhan, boleh menyentuh hati untuk menguatkan taqwa kepada Allah.Ini tidak memerlukan masa yang panjang. sekiranya berada dirumah, himpunkan anak2,isteri atau ahli keluarga lain. Berceritalah  tentang hikmah dan kelebihan puasa, dakwah nabi2 dan lain2 lagi. Dengan bercerita kita akan berasa lebih dekat dan memahami pengajaran yang cuba disampaikan kepada mereka.

Berzikir
Jangan limitkan berzikir hanya di surau atau masjid sahaja, dimana2 pun kita boleh berzikir,antaranya mungkin sambil bekerja,memandu,berjalan dan sebagainya. Carilah zikir yang dirasakan sesuai seperti koleksi zikir ustaz2 terkemuka seperti ustaz Badrolamin,ustaz Amal,Munif hijjaz dan banyak  lagi. Ajaklah anak2 mendengar nasyid yang mendidik jiwa seperti Hadda Alwi dan Sulis, banyak nasyid kanak2 yang sedap didengar seperti “ insan pertama” cuba nyanyikan lagu ini bersama mereka , ianya pasti menarik. Mungkin anda boleh cuba satu album bagi saya ianya sangat best iaitu “ Nurselawat” ia menghimpunkan selawat yang dinyanyikan dengan pelbagai irama. Banyak lagu2 lain yang sedap seperti yang dinyanyikan oleh kumpulan nasyid Hijjaz, Raihan, Inteam, Rabbani dll.

Bersedekah.
Zaman  ini tiada orang yang bersedekah diistiharkan muflis. Bersedekahlah dalam bentuk apa jua sekalipun, wang ,pakaian,makanan,pertolongan atau kata2 hikmah dan nasihat.Sesungguhnya doa juga adalah satu sedekah maka, doakan mereka samada agar dikurniakan hidayah, lembutkan hati ,samada anak2,ibubapa juga sahabat handai agar beriman dengan erti sebenar2 iman.Kita juga boleh menghidupkan kembali tradisi menghantar juadah berbuka kepada jiran2 yang semakin hari kian hilang  ditelan zaman.

Bertadarrus Al-Quran
Tadarrus  ialah membaca alquran dan di semak  oleh rakan lain untuk membetulkan bacaan masing2.Mambaca al Quran serta menghayati isi kandungannya pada bulan ramadahan akan mendapat ganjaran yang besar daripada Allah. Setiap satu huruf al quran yang dibaca pada bulan ramadhan akan mendapat kebajikan daripada Allah swt.. Fahami makna bacaan  dan salami apa yang cuba disampaikan,dengan cara ini hati akan menjadi tenang serta lebih menghayati dan  mencintai alquran.

Menghayati ramadhan
 Menghayati ramadhan dalam ertikata sebenar. Berbukalah dengan ala kadar saja,mengikut sunnah Rasullullah. Bayangkan sahabat2 kita yang berada di Gaza, Afganistan, India dan lain2 tempat yang kekurang makanan. Kita boleh menghayatinya dengan bersederhana dalam semua perkara,contohnya  tidak berlebih-lebihan sewaktu berbelanja dipasar ramadhan.Lebih baik kalau sediakan sendiri  juadah berbuka,selain makanan yang dimakan terjamin kebersihan dan halalnya ini juga satu langkah untuk berjimat .Besar pahala bagi orang yang menyediakan juadah untuk orang berbuka.

Bertaubat dan meminta ampun
Semua benda diatas sudah dilakukan tetapi masih belum merasai manisnya ramadhan. Jika ini berlaku kemungkinan  masih ada urusan yag belum diselesaikan “hablum minannas dan hablum minallah”
Hubungan diantara manusia dan hubungan dengan Allah. Yang pertama sekali mintalah ampun kepada Allah,kemudian kedua ibu bapa kita dan guru2 kita juga rakan2.Jikalau mereka telah tiada sedekahkanlah doa sebanyak yang mungkin,niatkan segala pahala  amal kebaikkan yang kita lakukan untuk mereka. Tanpa redha mereka tak mungkin kita boleh berjaya seperti sekarang, cintailah mereka seperti mana mereka menyintai kita semasa kecil dahulu. Maafkanlah mereka sekiranya ada perkara2 yg dilakukan mereka mengguris hati  diatas kejahilan mereka yg terdahulu.

Ramai rakan2 sebelum ramadhan mengambil kesempatan  untuk menghantar mesej melaui Hand Set, FB, email, twitter, frienster dan lain lagi,meminta dimaafkan segala salah silap.Nah,bermaafan sebenarnya bukan bermusim, tetapi syabas kepada mereka yg mengambil kesempatan sebelum ramadhan untuk meminta maaf sesama sendiri. Logikanya apabila meminta maaf mungkin dosa yg kita sedar atau diluar sedar akan diampun Allah swt dan rakan kita tadi dan asbab dosa terampun segala amalan di bulan ramadhan dapat dilakukan dgn sempurna. Kepada sesiapa yg belum berbuat demikian silakan,semoga denga kemaafan dari rakan2  dan ampunan dari Allah, ianya mampu memberi kesan terhadap diri dalam menghayati bulan ramadhan.

Ulama terdahulu telah memberi garispanduan untuk kita jadikan kayu aras bagi mengukur tahap keimanan seseorang. Sebagai contoh kita dapat mengukur tahap keimana kita dengan kelakuan atau aktiviti kita seharian. Dimana disaat iman yang berkobar-kobar, kita sering ke masjid untuk solat berjemaah, bersedekah, berusrah, membaca al-quran dan sebagainya. Tetapi disaat iman yang kurang, tuan2 pasti berasa berat untuk solat berjemaah, membaca al-quran dan sebagainya.Sebenarnya diri sendiri lebih mengetahui bilakah iman kita berada dibawah dan diatas. Sebagai contoh lagi, orang yang beriman tidak cenderung untuk melakukan dosa dosa kecil apatah lagi dosa2 besar. Lihat saja mereka yg bercouple tanpa rasa malu di bulan Ramadhan mengunjungi panggung wayang, berbuka puasa berduaan, shooping rayalah katakan.

Kesimpulannya,semua amalan yang yang dibuat jika tidak dari hati yang tulus ihklas kerana Allah,tiada yang akan dipandang oleh Nya.Hidup ini tidakkan manis jika hidup ditahap yang sama tiada kenaikkan iman dan amal.Berhijrahlah kepada kebaikkan,tiada yang akan mengubah hidup kita selain diri  sendiri.

Selamat Beramal

Penulis : Yuzaini Amir
Editor    : Asma’Husna

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Detik Pemergianmu