Catatan

Tunjukkan catatan dari 2010

Selamat Menghayati Ramadhan Al-Mubarak

Imej
Salam Ukhwah Ramadhan Sesungguhnya ramadhan itu bulan yang sungguh indah,penuh keberkatan,penuh kenikmatan,penuh kerahmatan dan keampunan dari Allah,namun ada diantara kita pada ramadhan tidak merasa akan kemanisan bulan yang mulia ini, masih lagi tidak berusaha merebut bonus berganda-ganda dari seisi dunia yang datang hanya setahun sekali.  Persoalannya, bagaimanakah untuk merasakan kemanisan ramadhan?. Pokok pangkalnya bergantung kepada individu itu sendiri , bagaimana ia melihat konteks ramadhan itu pada kacamatanya.Isilah kesempatan yang ada dalam bulan ramdhan ini dengan sebanyak mungkin aktiviti yang membolehkan kita merasai nikmat ramadhan kerana ia adalah suatu perkara yang perlu direbut,kita tidak tahu samada kesempatan ini akan datang lagi pada tahun hadapan. Kurangkan dari berbual2 kosong Kurangkan bercakap boleh mengurangkan dosa,bercakap hanya jika perlu sahaja.Ramadhan bukanlah satu sebab untuk kita tidak berkomunikasi sesama rakan, tetapi bercakap banyak mungkin bole

Ghibah secara Online

Imej
Gambar Sekadar Hiasan Segala puji Bagi Allah Yang Maha Pengampun segala kesalahan dan Maha Menerima taubat hamba-Nya. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad, keluarga dan sahabat Baginda. Jika diperhatikan hubungan sesama muslim, kita akan dapati satu fenomena yang amat mendukacitakan dan memalukan gagi seorang mukmin, dengan ikatan persaudaraan yang dirobek dan simpulan ukhuwwah yang terungkai, disebabkan oleh sangkaan dan prasangka buruk, syak wasangka dan tuduhan yang tidak berasas. Lemah pengetahuan dan akibat daripada cetek ilmu mendorong individu melakukan perkara ini. Scenario zaman masakini mengumpat adalah salah satu agenda penting tak kira pun dimana kita berada, di pejabat dengan ahli mesyuarat kedai kopi, di rumah dengan ahli mesyuarat tingkap, di radio secara ‘live’ dan pada zaman teknologi ni mengumpat secara ‘online’ di laman sembang sosial. Ini boleh dikatakan never ending mengumpat, online, online. Tentunya pembaca tak terlepas daripada perkara ini yang

Membina akhlak terpuji

Imej
Sesungguhnya wahai insan,janganlah ditangisi jika diri tidak di hargai,tapi tangisilah jika diri tidak berharga lagi. ilmu,iman dan akhak adalah nilai dalam diri. Manusia adalah apa yang ada dalam dirinya, Manusia adalah apa yang dia makan, Manusia adalah dengan siapa dia bersahabat, Manusia adalah apa yang dia baca, Ini semualah yang akan membina akhlaknya. Mengubah sebuah gunung lebih mudah dari merubah perangai/sikap manusia.untuk membina akan mengambil masa,tapi untuk meruntuhkan hanya dalam sekelip mata,begitu jugalah dengan akhlak. Cuba renung semula,adakah segala amalan membuahkan akhlak?sesungguhnya ibadah yang tidak sempurna akan mencacatkan pembentukan akhlak manusia itu sendiri. Sekian Wasallam, AsmaHusnaAhmad

Ulasan Buku - Bio Mekanik Solat

Assalamualaikum Pembaca yang budiman, Seperti yang dijanjikan didalam Blog ini akan disajikan dengan ulasan buku, tetapi saya agak sibuk dengan tugasan kerja didalam dan diluar Negara, urusan keluarga menyebabkan itu tidak dapat dilaksanakan. Walaupun telah membaca beberapa buah buku sesudah yang ulasan pertama dahulu, izinkan saya berkongsi satu buku yang patut dibaca oleh semua orang yang menceritakan bagaimana untuk melahirkan solat yang khusyu dengan cara Bio-Mekanik Solat yang ditulis oleh Dr Yusof Abbas, Johor Bharu, Malaysia. Mungkin tidak keterlaluan sekiranya penulis menyatakan inilah kaedah yang dicari-cari alternative untuk mereka yang mengharapkan untuk khusyu dalam solatnya. Sabda Rasulullah dalam satu hadis yang masyhur: “Solat itu adalah tiang agama dan barang siapa yang meninggalkannya bermakna ia telah meruntuhkan agama.” Buku ini ditulis bukan sekadar berdasarkan ilmu logik akal manusia, ilmu bioperubatan, ilmu sains moden dan ilmu keduniaan tetapi turut mencakup

Zikir Cinta Buat Zaujah Tercinta

" Abang jangan leka bermain FB, YM...time kerja harus abang jujur dan melakukan kerja dengan sungguh. itulah yang abang dapat duit untuk menyara ma dan anak2" asma husna.."baik abang akan cuba supaya jujur" kataku. Hidupnya penuh diabdikan kepada suaminya dan anak-anagknya, dia seorang yang lurus dan tidak pandai untuk membuang masa. Banyak masanya diluangkan untuk membahagiakan keluarga dan suami.Usia pernikahan kami hampir satu dekat lamanya, namun dia masih banyak bersabar dengan kelakuanku yang kadang2 tidak munasabah yang banyak menguji kesabarannya seorang isteri. Walaupun kami bernikah pada usia yang muda, namun begitu aku tidak menyesal kerana memperisterikan seorang perempuan yang baik dan dari keturunan yang baik. Kami dikurniakan tiga orang puteri yang cerdas otaknya, Nur Fatimah Zahra, Nur Khadijah Humaira dan Nur Asiah Syahahadah semuanya ku ambil dari nama2 yang dijanjikan rasullullah yang dijanjikan syurga oleh Allah s.w.t. Taat kepada suami merupa

Lu dan Gua Pikirlah Sendiri

Imej
Dipetik Daripada; www.zaharuddin .net Apakah pandangan ust tentang merokok dan hukumnya menurut pandangan Islam, saya ada mendengar ada ust-ust yang mengatakan terdapatnya ulama silam yang hanya menghukumnya sebagai makruh dan tidak haram, adakah ia benar?- Klang- Jawapan : Sebelum saya memasuki jawapan, suka saya mengingatkan bahawa pemerintah kerajaan Islam silam, Sultan Murad ke-4 (memerintah 1623-1640 m) sangat kuat memusuhi rokok, sehinggakan beliau pernah melaksanakan undang-undang bunuh bagi penjual-penjual rokok dan perokok aktif di dalam Negara. Adapun dari sudut hukumnya ; sebagai asasnya, para ulama berbeza pandangan dalam menentukan hukumannya berdasarkan berbezanya tanggapan masing-masing terhadap keburukan (mudarat) yang terhasil dari rokok. Hakikatnya, dalam hal ini, sebarang fatwa mestilah dirujuk kepada "ahl az-zikr" dalam halnya, "ahli az-zikr" dalam hal rokok adalah doktor perubatan (selain ulama) yang mampu mengenalpasti i

BERJALAN MELIHAT MENTAFSIR

Imej
Semasa musim cuti sekolah yang lepas kami sekeluarga merancang percutian ke Cameron Highlands. Terletak di satu daerah di negeri Pahang. Ia adalah satu daripada keajaiban Malaysia, daerahnya juga besar dan ia terletak diantara gunung/bukit peranginan yang sangat dingin. Di kawasan tanah tinggi yang cantik ini tesergam cottage English yang  menarik hasil peninggalan Colonial British dahulu. Disini anda akan merasa seperti berada diluar negara sebab keadaan suassana yang dingin dan ramai pelancong luar dari Eropah, jepun, China dan lain2 lagi.     Sebagai diantara pengeluar utama sayur-sayuran utama di Malaysia dia juga mempunyai ladang-ladang the yang berskala besar kawasannya. Dengan mempunyai tumbuh-tumbuhan yang ajaib seperti bunga-bungaan yang cantik, orkid liar yang tumbuh di tepi jalan dan buah buahan yang tidak terdapat di tempat lain. Kalau tuan-tuan bercadang untuk pergi melawat ke tempat ini saya s

Pesanan terakhir Rasulullah (Isi khutbah terakhir Rasulullah)

Ketika Rasulullah mengerjakan ibadah haji yang terakhir, maka pada 9 Zulhijjah tahun 10 hijarah di Lembah Uranah, Bukit Arafah, baginda menyampaikan khutbah terakhirnya di hadapan kaum Muslimin, di antara isi dari khutbah terakhir Rasulullah itu ialah: " Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini. " Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amal

Maulidur Rasul

Imej
Setiap tahun umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah (SWT) kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul. Sebelum itu mari kita fahami apakah definasi Maulidur Rasul itu sendiri. Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad (SAW). Kelahiran Nabi jatuh pada hari Khamis 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah (SWT). Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi. Rumah ini terletak berhampiran Mas'a iaitu arah timur Masjidil Haram, Makkah Al-Mukarramah, Arab Saudi. Kawasan ini dikenali sebagai Suq Al-Lail (Sooq Al-Layl) atau Syib Ali. Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan o

Helikopter Terhempas

Imej
Gambar bersama-sama teman di Miri, Sarawak Cerita ini ditulis pada lima tahun lepas ketika baru sahaja join dalam bidang oil and gas. Diharap enjoy membacanya. Saya nak berkongsi pengalaman yang tak mungkin saya lupakan. Duti saya pada pagi ini ke Offshore. Seperti biasa seawal pagi bangun dan terus ke airport (helipad). Setelah menaiki heli saya duduk di tempat yang paling jauh dari door exit. Semasa heli berlepas terasa seronok dan tergelak besar didalam hati. Hatiku berkata “ kalau kapal udara mungkin semua orang boleh naik, tapi kalau heli hanya orang yang tertentu sahaja”, Kata hatiku. Pada permulaan perjalanan semuanya o.k tiada apa yang berlaku. Saya amat bergembira menikmati pemandangan laut yang membiru disamping bunyi heli yang bising, ( tetapi saya pakai earplug). Dengan tiba-tiba kedengaran arahan yang tak sanggup di dengari dari pilot bertugas…..BRACE…BRACE….BRACE…( BRACE = arahan untuk duduk bersiap sedia semasa berlaku kecemasan

Kisah Tentang Lobak Merah, Telur Dan Kopi

Imej
Panaskan 3 buah kuali berisi air diatas api. Pada kuali yang pertama masukkan beberapa batang lobak merah, pada kuali yang kedua masukkan beberapa biji telur dan yang pada yang ketiga masukkan beberapa biji kopi yang sudah dihaluskan menjadi serbuk kopi. Panaskan ketiga-tiga kuali tersebut selama 15 minit. Selepas itu keluarkan isi dari ketiga-tiga kuali tersebut. Lobak merah yang sebelumnya keras sekarang sudah menjadi lembut. Telur yang sebelumnya cair dibahagian dalamnya, sekarang menjadi keras dan serbuk kopi telah menghilang tetapi air panas telah berubah warnanya dan mempunyai bau kopi yang sangat harum. Nah, sekarang fikirkan tentang pekerjaan anda sekarang. Pekerjaan itu tidak selamanya mudah. Pekerjaan itu tidak selalunya selesa. Bahkan kadang-kadang pekerjaan menjadi sangat susah. Keadaan tidak berubah seperti yang kita inginkan. Orang-orang tidak memperlakukan kita seperti yang kita harapkan. Kita bekerja sangat keras, tetapi tidak me

Salam Hijrah Ukhwah Fillah 1431

Imej
 Salam Hijrah ukhwah fillah kepada semua pengikut blog yang naïf ini. Tak terlambat lagi rasanya untuk saya mengucapkan salam hijrah 1431 kerana sekarang masih lagi didalam bulan muharram. Dengan masuknya tahun baru ini bererti makin dekatlah diri kita kepada kematian, alam kubur, alam barzah dan bermulalah kiamat bagi seseorang insan. Dibulan ini juga dimana kemenangan islam membuka kota Mekah setelah bertahun berada didalam genggaman yahudi dan nasrani. Kalau pembaca masih ingat lagi peristiwa “Futuh Mekah” ini tidak melibatkan pertempuran yang menumpahkan darah. 360 buah berhala didalam kaabah dibawa keluar dan patung2 berhala disekitar ka’abah dihapuskan.  Tiada seekorpun yahudi disakiti bahkan nabi member jaminan barangsiapa yang bernaung dibawah kerajaan islam akan dibela haknya (kafir zimmi). Apakah pengaruh hijrah nabi member kesan kepada golongan muda-mudi masakini?. Dimanakah golongan generasi masakini ketika menyambut hari bersejarah