Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2009

Ulasan Buku *Membina Organisasi – Satu Panduan*

Imej
Ulasan Buku *Membina Organisasi – Satu Panduan* Menjadi kemestian bagi seseorang mempelajarinya! Satu program pendidikan membina organisasi yang tersusun perlu dirancang dan disediakan bagi melahirkan generasi yang kreatif,dinamik dan berwibawa. Buku yang ditulis oleh saudara Mohd Shuhaimi Embong ini memberikan pendedahan berhubung dengan berbagai aspek tentang organisasi.kepimpinan, pentadbiran, pengurusan serta cabaran kepada generasi muda hari ini. Kemahiran dalam kepimpinan, pentadbiran dan teknik pengurusan yang dikurniakan oleh Allah adalah satu kelebihan, tetapi ia boleh dipelajari untuk menjadi asbab anda menjadi individu yang cemerlang dalam membina organisasi. Namun begitu bukan semua orang dikurniakan skill sebagai “leader” dan kebanyakan orang hanya ingin menjadi “follower” heheheh ni yang kena ubah ni. "…tidak matang, tidak kreatif, beku, lesu dan berbagai lagi tohmahan terhadap generasi muda hari ini. Aktif dalam berorganisasi dapat menghindar segala penyakit

Sejarah Qurban Dan Pembunuhan Pertama Di Dunia

Imej
Korban atau qurban (bahasa Arab: قربان‎) ialah menyembelih binatang tertentu pada Hari Raya Aidiladha atau hari tasyriq dengan tujuan untuk mendampingkan diri kepada Allah S.W.T.. Binatang yang dibolehkan qurban ialah unta, lembu, kerbau, kambing dan biri-biri (kibas). Ada saya terjumpa seorang pak tua menyebut bahawa kita boleh korbankan Ayam kerana kita tak mampu, syaratnya adalah ayam jantan. Ini adalah satu perkara bi’dah dholalah. Namun begitu saya mengharapkan pakcik tersebut sudah sedar akan dakwaannya yang salah tentang ibadah qurban tersebut. Ibadah ini adalah sempena mengingati peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. dan anaknya. Sewaktu Nabi Ismail mencapai usia remajanya Nabi Ibrahim a.s. mendapat mimpi bahwa ia harus menyembelih Ismail puteranya. Dan mimpi seorang nabi adalah salah satu dari cara-cara turunnya wahyu Allah, maka perintah yang diterimanya dalam mimpi itu harus dilaksanakan oleh Nabi Ibrahim. Ia duduk sejurus termenung bingung memikirkan ujian yang maha be

Detik Pemergianmu

Pesanan terakhir Rasulullah (Isi khutbah terakhir Rasulullah) Ketika Rasulullah mengerjakan ibadah haji yang terakhir, maka pada 9 Zulhijjah tahun 10 hijarah di Lembah Uranah, Bukit Arafah, baginda menyampaikan khutbah terakhirnya di hadapan kaum Muslimin, di antara isi dari khutbah terakhir Rasulullah itu ialah: "Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini. "Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat per

Erti Cinta Dan Perkahwinan

Imej
Suatu pagi yang dingin, terjadilah satu perbualan antara seorang guru falsafah dan pelajarnya.. . pelajar: guru, apakah erti cinta..? bagaimanakah saya boleh mendapatkannya. ..? guru: ada sebuah ladang gandum yang luas didepan sana ,berjalanlah kamudan jangan sesekali kamu berundur. kemudian ambillah satu ranting. sek ira nyakamu mendapati ranting tersebut sangat menakjubkan, ertinya kamu telahmenemui cinta. pelajar tersebut pun berjalan dan tidak berapa lama dia kembali dengan tangan yang kosong. guru bertanya: mengapa kamu tidak membawa sebatang ranting pun...? pelajar menjawab: saya hanya terpaksa memilih satu ranting saja, dan sewaktu berjalan saya tidak boleh mengundur kebelakang semula. sebenarnya saya telah berjumpa dengan satu ranting yang paling menakjubkan tapi saya tak tahu apakah yang akan menakjubkan di hadapan sana nanti, maka saya biarkan ranting itu lalu saya dapati tidak ada lagi ranting yang paling menakjubkan selain daripada yang saya lihat tadi. jadi saya tidak men

Udang Sambal Petai

Imej
Bahan-bahan: Udang ½ kiloBahan dikisar:Cili kering, Bawang merah sederhana kecil 5 ulas, Bawang putih 2 biji, Serai - (terpulang samada nak ketuk atau nak kisar), Kunyit hidup sikit, Air asam jawa, Garam, Gula. Cara Buat: Tumiskan bahan kisar sampai wangi. Masukkan udang dan air asam jawa, garam, gula. Pabila dah setengah masak masukkan petai. Dulu masa sekolah selalu tengok mak masak, dalam diam2 minat memasak ni menular kedalam diri. Ini adalah salah satu resipi mak yang telah dievolusi. Tapi masakan mak tiada taranya lah, masakan mak memang magic, pasti sedap. Pada resipi akan datang "Masak Lomak Cili Api Daging" heheheh amacam dah terliur??