Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2010

Lu dan Gua Pikirlah Sendiri

Imej
Dipetik Daripada; www.zaharuddin .net Apakah pandangan ust tentang merokok dan hukumnya menurut pandangan Islam, saya ada mendengar ada ust-ust yang mengatakan terdapatnya ulama silam yang hanya menghukumnya sebagai makruh dan tidak haram, adakah ia benar?- Klang- Jawapan : Sebelum saya memasuki jawapan, suka saya mengingatkan bahawa pemerintah kerajaan Islam silam, Sultan Murad ke-4 (memerintah 1623-1640 m) sangat kuat memusuhi rokok, sehinggakan beliau pernah melaksanakan undang-undang bunuh bagi penjual-penjual rokok dan perokok aktif di dalam Negara. Adapun dari sudut hukumnya ; sebagai asasnya, para ulama berbeza pandangan dalam menentukan hukumannya berdasarkan berbezanya tanggapan masing-masing terhadap keburukan (mudarat) yang terhasil dari rokok. Hakikatnya, dalam hal ini, sebarang fatwa mestilah dirujuk kepada "ahl az-zikr" dalam halnya, "ahli az-zikr" dalam hal rokok adalah doktor perubatan (selain ulama) yang mampu mengenalpasti i

BERJALAN MELIHAT MENTAFSIR

Imej
Semasa musim cuti sekolah yang lepas kami sekeluarga merancang percutian ke Cameron Highlands. Terletak di satu daerah di negeri Pahang. Ia adalah satu daripada keajaiban Malaysia, daerahnya juga besar dan ia terletak diantara gunung/bukit peranginan yang sangat dingin. Di kawasan tanah tinggi yang cantik ini tesergam cottage English yang  menarik hasil peninggalan Colonial British dahulu. Disini anda akan merasa seperti berada diluar negara sebab keadaan suassana yang dingin dan ramai pelancong luar dari Eropah, jepun, China dan lain2 lagi.     Sebagai diantara pengeluar utama sayur-sayuran utama di Malaysia dia juga mempunyai ladang-ladang the yang berskala besar kawasannya. Dengan mempunyai tumbuh-tumbuhan yang ajaib seperti bunga-bungaan yang cantik, orkid liar yang tumbuh di tepi jalan dan buah buahan yang tidak terdapat di tempat lain. Kalau tuan-tuan bercadang untuk pergi melawat ke tempat ini saya s

Pesanan terakhir Rasulullah (Isi khutbah terakhir Rasulullah)

Ketika Rasulullah mengerjakan ibadah haji yang terakhir, maka pada 9 Zulhijjah tahun 10 hijarah di Lembah Uranah, Bukit Arafah, baginda menyampaikan khutbah terakhirnya di hadapan kaum Muslimin, di antara isi dari khutbah terakhir Rasulullah itu ialah: " Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini. " Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amal