Catatan

Tunjukkan catatan dari 2009

CINTA RAMA-RAMA KEPOMPONG PERKAHWINAN

Imej
Seseorang telah menyatakan pendiriannya kepada ku mengenai cinta dan perhubungan bahawa ianya memerlukan suatu process yang diibaratkan sebagai seekor ulat dan kepompong sebelum menjadi Rama-rama yang cantik. Pada proses awalnya bermula daripada telur, seterusnya menjadi ulat dan terus menjadi kepompong dan selepas suatu ketika dan masa maka terjadilah Rama-rama yang sangat mempersonakan. Penulis lebuh suka mengaitkan proses tersebut dengan satu proses sebelum berlakunya ikatan sebuah perkahwinan menurut islam. ULAT - Pada asalnya telur tadi sebelum menjadi lava atau ulat, kuibaratkan bermulanya bibit2 cinta. Disaat2 inilah kata2 manis dan puji-pijian akan sring diungkapkan dari didalam proses yang dinamakan ta’aruf tersebut. Berterus-terang adalah kunci dalam satu perhubungan yang  sihat, tetapi tidak semua perkara harus di ceritakan kerana ia memerlukan peringkat demi peringkat mengikut kesesuaian dan factor usia sesuatu persahabatan tersebut.

Demi Matahari

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Dan Maha Penyayang. Demi matahari dan sinarnya pada pagi hari, Demi bulan apabila mengiringi, Demi siang apabila menampakkannya, Demi malam apabila menutupinya (gelap gulita), Demi langit serta pembinaannya (yang menakjubkan), Demi bumi serta hamparannya, Demi jiwa serta penyempurnaannya (ciptaan) Nya, Maka Dia mengilhamkan kepadanya (jalan) kejahatan dan ketaqwaannya, Sungguh beruntung orang yang menyucikannya (jiwa itu), Dan sungguh rugi orang yang mengotorinya, Kaum Tsamud telah mendustakan (rasulnya)kerana mereka melampaui batas (zalim), Ketika bangkit antara orang yang paling celaka diantara mereka, Lalu rasul Allah (Salleh) berkata kepada mereka “(biarkanlah) unta betina dari Allah ini dengan minumannya, Namun mereka mendustakannya dan menyembelihnya, kerana itu tuhan membinasakan mereka dengan dosanya, lalu diratakan Nya (dengan tanah), Dan Dia tidak takut terhadap akibatnya. Terjemahan Al-Quran berasaskan resm Uthmani.

Langkah Syaitan Menelanjangi Wanita

Imej
Setan dalam menggoda manusia memiliki berbagai macam strategi, dan yang sering dipakai adalah dengan memanfaatkan hawa nafsu, yang memang memiliki kecenderungan mengajak kepada keburukan (ammaratun bis su’). Setan tahu persis kecenderungan nafsu kita, dia terus berusaha agar manusia keluar dari garis yang telah ditentukan Allah, termasuk melepaskan hijab atau pakaian muslimah. Berikut ini tahapan-tahapannya. I. Menghilangkan Definisi Hijab Dalam tahap ini setan membisikkan kepada para wanita, bahwa pakaian apapun termasuk hijab (penutup) itu tidak ada kaitannya dengan agama, ia hanya sekedar pakaian atau mode hiasan bagi para wanita. Jadi tidak ada pakaian syar’i, pakaian ya pakaian, apa pun bentuk dan namanya. Sehingga akibatnya, ketika zaman telah berubah, atau kebudayaan manusia telah berganti, maka tidak ada masalah pakaian ikut ganti juga. Demikian pula ketika seseorang berpindah dari suatu negeri ke negeri yang lain, maka harus menyesuaikan diri dengan pakaian penduduknya,

Ulasan Buku *Membina Organisasi – Satu Panduan*

Imej
Ulasan Buku *Membina Organisasi – Satu Panduan* Menjadi kemestian bagi seseorang mempelajarinya! Satu program pendidikan membina organisasi yang tersusun perlu dirancang dan disediakan bagi melahirkan generasi yang kreatif,dinamik dan berwibawa. Buku yang ditulis oleh saudara Mohd Shuhaimi Embong ini memberikan pendedahan berhubung dengan berbagai aspek tentang organisasi.kepimpinan, pentadbiran, pengurusan serta cabaran kepada generasi muda hari ini. Kemahiran dalam kepimpinan, pentadbiran dan teknik pengurusan yang dikurniakan oleh Allah adalah satu kelebihan, tetapi ia boleh dipelajari untuk menjadi asbab anda menjadi individu yang cemerlang dalam membina organisasi. Namun begitu bukan semua orang dikurniakan skill sebagai “leader” dan kebanyakan orang hanya ingin menjadi “follower” heheheh ni yang kena ubah ni. "…tidak matang, tidak kreatif, beku, lesu dan berbagai lagi tohmahan terhadap generasi muda hari ini. Aktif dalam berorganisasi dapat menghindar segala penyakit

Sejarah Qurban Dan Pembunuhan Pertama Di Dunia

Imej
Korban atau qurban (bahasa Arab: قربان‎) ialah menyembelih binatang tertentu pada Hari Raya Aidiladha atau hari tasyriq dengan tujuan untuk mendampingkan diri kepada Allah S.W.T.. Binatang yang dibolehkan qurban ialah unta, lembu, kerbau, kambing dan biri-biri (kibas). Ada saya terjumpa seorang pak tua menyebut bahawa kita boleh korbankan Ayam kerana kita tak mampu, syaratnya adalah ayam jantan. Ini adalah satu perkara bi’dah dholalah. Namun begitu saya mengharapkan pakcik tersebut sudah sedar akan dakwaannya yang salah tentang ibadah qurban tersebut. Ibadah ini adalah sempena mengingati peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. dan anaknya. Sewaktu Nabi Ismail mencapai usia remajanya Nabi Ibrahim a.s. mendapat mimpi bahwa ia harus menyembelih Ismail puteranya. Dan mimpi seorang nabi adalah salah satu dari cara-cara turunnya wahyu Allah, maka perintah yang diterimanya dalam mimpi itu harus dilaksanakan oleh Nabi Ibrahim. Ia duduk sejurus termenung bingung memikirkan ujian yang maha be

Detik Pemergianmu

Pesanan terakhir Rasulullah (Isi khutbah terakhir Rasulullah) Ketika Rasulullah mengerjakan ibadah haji yang terakhir, maka pada 9 Zulhijjah tahun 10 hijarah di Lembah Uranah, Bukit Arafah, baginda menyampaikan khutbah terakhirnya di hadapan kaum Muslimin, di antara isi dari khutbah terakhir Rasulullah itu ialah: "Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini. "Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat per

Erti Cinta Dan Perkahwinan

Imej
Suatu pagi yang dingin, terjadilah satu perbualan antara seorang guru falsafah dan pelajarnya.. . pelajar: guru, apakah erti cinta..? bagaimanakah saya boleh mendapatkannya. ..? guru: ada sebuah ladang gandum yang luas didepan sana ,berjalanlah kamudan jangan sesekali kamu berundur. kemudian ambillah satu ranting. sek ira nyakamu mendapati ranting tersebut sangat menakjubkan, ertinya kamu telahmenemui cinta. pelajar tersebut pun berjalan dan tidak berapa lama dia kembali dengan tangan yang kosong. guru bertanya: mengapa kamu tidak membawa sebatang ranting pun...? pelajar menjawab: saya hanya terpaksa memilih satu ranting saja, dan sewaktu berjalan saya tidak boleh mengundur kebelakang semula. sebenarnya saya telah berjumpa dengan satu ranting yang paling menakjubkan tapi saya tak tahu apakah yang akan menakjubkan di hadapan sana nanti, maka saya biarkan ranting itu lalu saya dapati tidak ada lagi ranting yang paling menakjubkan selain daripada yang saya lihat tadi. jadi saya tidak men

Udang Sambal Petai

Imej
Bahan-bahan: Udang ½ kiloBahan dikisar:Cili kering, Bawang merah sederhana kecil 5 ulas, Bawang putih 2 biji, Serai - (terpulang samada nak ketuk atau nak kisar), Kunyit hidup sikit, Air asam jawa, Garam, Gula. Cara Buat: Tumiskan bahan kisar sampai wangi. Masukkan udang dan air asam jawa, garam, gula. Pabila dah setengah masak masukkan petai. Dulu masa sekolah selalu tengok mak masak, dalam diam2 minat memasak ni menular kedalam diri. Ini adalah salah satu resipi mak yang telah dievolusi. Tapi masakan mak tiada taranya lah, masakan mak memang magic, pasti sedap. Pada resipi akan datang "Masak Lomak Cili Api Daging" heheheh amacam dah terliur??