CINTA RAMA-RAMA KEPOMPONG PERKAHWINAN



Seseorang telah menyatakan pendiriannya kepada ku mengenai cinta dan perhubungan bahawa ianya memerlukan suatu process yang diibaratkan sebagai seekor ulat dan kepompong sebelum menjadi Rama-rama yang cantik. Pada proses awalnya bermula daripada telur, seterusnya menjadi ulat dan terus menjadi kepompong dan selepas suatu ketika dan masa maka terjadilah Rama-rama yang sangat mempersonakan. Penulis lebuh suka mengaitkan proses tersebut dengan satu proses sebelum berlakunya ikatan sebuah perkahwinan menurut islam.
ULAT - Pada asalnya telur tadi sebelum menjadi lava atau ulat, kuibaratkan bermulanya bibit2 cinta. Disaat2 inilah kata2 manis dan puji-pijian akan sring diungkapkan dari didalam proses yang dinamakan ta’aruf tersebut. Berterus-terang adalah kunci dalam satu perhubungan yang  sihat, tetapi tidak semua perkara harus di ceritakan kerana ia memerlukan peringkat demi peringkat mengikut kesesuaian dan factor usia sesuatu persahabatan tersebut. Perlu diingatkan bahawa perasaan cinta dan persahabatan tadi haruslah bertunjangkan koridor ukhwah islamiyyah, dimana ketika bersilaturahmi tadi, batas2 syariah tetap diletakkan dihadapan untuk membentangi daripada terjerumus cenderung kepada untuk melakukan maksiat kepada Allha (SWT). Pada peringkat ini juga dilihat setiap individu yang bercinta tadi akan cuba untuk meyakinkan atau memenangi hati pasangan masing2 dalam pelbagai cara.
KEPOMPONG – Mencari dahan yang sesuai ku ibaratkan dengan merisik sebelum bertunang. Setelah itu, ulat berjaya mengenalpasti tempat atau lokasi untuk berhibernasi sebagai kepompong . Nah! Disini ingin kuibaratkan sebagai pasangan yang telah mampu mengharungi sedikit cabaran dimana pada proses tersebut ulat tadi amat aman didalam kepompongnya dan pasangan tadi telah diikat dengan ikatan pertunangan. Maka pasangan tadi akan menganggap bahawa pasangannya akanmenjadi miliknya kelak. Namun begitu ianya bukanlah lessen besar untuk diarak kesana- kemari untuk memberitahu dunia bahawa ia memiliki tunagan yang cantik, berpelajaran, seksi, klasss cantohnya. Sebenarnya pertunangan adalah satu metod yang digalakkan didalam islam. Pada peringkat ini pasangan tadi akan belajar selok belok ilmu perkahwinan, mengenali hati budi masing2 dalam erti kata lain masih lagi didalam batas2 syariat. Mengikut pengajian dan pengalaman pertunangan adalah satu proses yang amat mencabar. Di saat  Si dia kan menunjukkan perilaku sebenar perangainya dan bermulalah satu episode yang harus memerlukan pertimbangan dan kesabarang yang tinggi dari dari sebelah pihak lagi. Mulalah merasa bosan, jelek, tidak sefahaman dan diketika ini pasangan yang tidak tangguh(kuat) untuk mengharunginya akan terkulai dan terputuslah ikatan yang pada awalnya suci tadi dan terkadang ia bertukar menjadi benci.
RAMA-RAMA – Kepompong tadi harus melalui satu jangkamasa untuk berhibernasi. Bayangkan jika  tiada persefahaman didalam pertunangan maka cinta itu dipaksa, ia boleh diibaratkan kepompong tadi telah telah dilahirkan dalam tempoh pramatang dimana kepompong tadi dipaksa untuk menjadi rama-rama sedangkan ia belum bersedia untuk mengambil tugas tersebut. Dan ini akan menyebabkan kepompong itu tadi akan mati atau ia cuma hidup bertahan untuk beberapa ketika. Jadi biarlah kepompong tadi menjalani satu proses yang benar2 mengikut kitaran hidupnya dan dimana perhubungan tadi juga melalui proses2 yang benar-benar mantap. Dengan mengikut prosidur yang telah ditetapkan maka terjadilah rama-rama yang sangat cantik, menarik dan cukup sifatnya.
Semua perjalanan tersebut memerlukan proses dan setiap proses itu memerlukan masa untuk dilaksanakan. Bagiku masa adalah suatu perkara yang amat subjektif, ia mungkin mengambil masa yang lama dan mungkin juga ia mengambil masa yang singkat.
Terima kasih kepada teman yang bisa berkongsi pandangan dan pendapatnya mengenai suatu perhubungan. Ini adalah pandang an individu, tiada salah kerana ianya satu pandangan. Setiap pandangan itu haruslah dihormati selagi ianya tidak membelakangi hukum syarak. Semoga yang baik itu datamg daripada Allah (swt). Penulis meminta maaf jika ada berlaku kesalahan pada ayat yang cuba untuk disampaikan. Berfikirlah dengan otak, bukan dengan hati,
Afwan,
Kang Amir.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Detik Pemergianmu

Selamat Menghayati Ramadhan Al-Mubarak