Ulasan Buku *Membina Organisasi – Satu Panduan*



Ulasan Buku *Membina Organisasi – Satu Panduan*

Menjadi kemestian bagi seseorang mempelajarinya! Satu program pendidikan membina organisasi yang tersusun perlu dirancang dan disediakan bagi melahirkan generasi yang kreatif,dinamik dan berwibawa.
Buku yang ditulis oleh saudara Mohd Shuhaimi Embong ini memberikan pendedahan berhubung dengan berbagai aspek tentang organisasi.kepimpinan, pentadbiran, pengurusan serta cabaran kepada generasi muda hari ini.
Kemahiran dalam kepimpinan, pentadbiran dan teknik pengurusan yang dikurniakan oleh Allah adalah satu kelebihan, tetapi ia boleh dipelajari untuk menjadi asbab anda menjadi individu yang cemerlang dalam membina organisasi. Namun begitu bukan semua orang dikurniakan skill sebagai “leader” dan kebanyakan orang hanya ingin menjadi “follower” heheheh ni yang kena ubah ni.
"…tidak matang, tidak kreatif, beku, lesu dan berbagai lagi tohmahan terhadap generasi muda hari ini. Aktif dalam berorganisasi dapat menghindar segala penyakit ini.."
Beliau yang dilahirkan pada tahun 1965 berasal dari Terengganu dan berkelulusan Sarjana dari UKM & Diploma dari UTM merupakan seorang aktivis pelajar di zamannya. Memegang pelbagai jawatan dalam berbagai organisasi. Mantan CEO disebuah Gov. Link Comp. (GLC) kini sedang melanjutkan pelajarannya dalam MBA (u all taulah apa itu MBA). Penulisan beliau banyak digazetkan di akhbar dan majalah tempatan.
Ketika menghadiri Seminar dan Bengkel Pengurusan baru2 ini di Residence Inn, Cherating pada 14 Nov 09. Seminar tersebut mengajar tentang cara2 pengurusan strategic dan betul. Diakhir seminar itu, diadakan bengkel bagi penyelesaian masalah dalam pengurusan. Menarik juga apabila disuruh senarai seberapa banyak masalah dan pilih satu sahaja untuk diselesaikan. Disitulah pelbagai advise dikeluarkan untuk tackle masalah tersebut sehingga semua ahli kumpulan bersetuju yang masalah tersebut telah selesai. Lastly of course lah ianya perlu di bentangkan kepada semua hadirin.
Seronok juga dah lama tidak ke seminar dan bengkel seperti ini, dan diharap cuti ni dapatlah lagi cari dimana ada bengkel yang budget2 tu. Oklah lepas ni kita cari buku nak carpen pula yang nak diulas.
Wasallam,

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Detik Pemergianmu

Selamat Menghayati Ramadhan Al-Mubarak