Ulasan Buku - Bio Mekanik Solat

Assalamualaikum Pembaca yang budiman,
Seperti yang dijanjikan didalam Blog ini akan disajikan dengan ulasan buku, tetapi saya agak sibuk dengan tugasan kerja didalam dan diluar Negara, urusan keluarga menyebabkan itu tidak dapat dilaksanakan. Walaupun telah membaca beberapa buah buku sesudah yang ulasan pertama dahulu, izinkan saya berkongsi satu buku yang patut dibaca oleh semua orang yang menceritakan bagaimana untuk melahirkan solat
yang khusyu dengan cara Bio-Mekanik Solat yang ditulis oleh Dr Yusof Abbas, Johor Bharu, Malaysia. Mungkin tidak keterlaluan sekiranya penulis menyatakan inilah kaedah yang dicari-cari alternative untuk mereka yang mengharapkan untuk khusyu dalam solatnya.
Sabda Rasulullah dalam satu hadis yang masyhur: “Solat itu adalah tiang agama dan barang siapa yang meninggalkannya bermakna ia telah meruntuhkan agama.”

Buku ini ditulis bukan sekadar berdasarkan ilmu logik akal manusia, ilmu bioperubatan, ilmu sains moden dan ilmu keduniaan tetapi turut mencakupi ilmu wahyu dan hadis serta hasil tulisan ulama muktabar.
Beliau menulis bahawa seseorang itu harus memisahkan semua urusan dunia seketika dan member tumpuan yang sebenar ketika bersolat kerana ianya boleh menjejaskan mutu sesuatu solat itu.
Malah dalam satu hadis lain Baginda telah bersabda dengan mafhumnya:

“Perkara pertama yang akan dihisab ke atas seseorang hamba pada hari kiamat ialah solat. Jika elok solatnya maka elok seluruh amalnya dan jika rosak solatnya, maka rosaklah seluruh amalnya.”

Secara umumnya terdapat lapan kaedah Bio-Mekanik untuk khusyuk iaitu;
1- Penetapan Minda dan Emosi
2- Pelaziman Minda
3- Teknik Pernafasan
4- Teknik Pembacaan
5- Teknik Tumpuan Mata
6- Teknik Pendengaran
7- Teknik Pergerakan Dalam Solat
8- Teknik Imaginasi

Selamat Membaca.
 Judul: Bio-Mekanik Solat
Penulis: Dr. Yusof Abbas
Penerbit: Nur Tijarah Enterprise
Harga: RM16
 Buku ini juga boleh dibeli secara online di http://www.bukuonline2u.com/

 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Detik Pemergianmu

Selamat Menghayati Ramadhan Al-Mubarak