Zikir Cinta Buat Zaujah Tercinta

" Abang jangan leka bermain FB, YM...time kerja harus abang jujur dan melakukan kerja dengan sungguh. itulah yang abang dapat duit untuk menyara ma dan anak2" asma husna.."baik abang akan cuba supaya jujur" kataku.

Hidupnya penuh diabdikan kepada suaminya dan anak-anagknya, dia seorang yang lurus dan tidak pandai untuk membuang masa. Banyak masanya diluangkan untuk membahagiakan keluarga dan suami.Usia pernikahan kami hampir satu dekat lamanya, namun dia masih banyak bersabar dengan kelakuanku yang kadang2 tidak munasabah yang banyak menguji kesabarannya seorang isteri. Walaupun kami bernikah pada usia yang muda, namun begitu aku tidak menyesal kerana memperisterikan seorang perempuan yang baik dan dari keturunan yang baik. Kami dikurniakan tiga orang puteri yang cerdas otaknya, Nur Fatimah Zahra, Nur Khadijah Humaira dan Nur Asiah Syahahadah semuanya ku ambil dari nama2 yang dijanjikan rasullullah yang dijanjikan syurga oleh Allah s.w.t.

Taat kepada suami merupakan satu sifat isteriku yang sangat kuhormati. Taat kepada suami adalah tanggungjawab isteri yang wajib di sempurnakan. Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam Bazzar Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: "Kamu sampaikan kepada perempuan yang kamu jumpa, bahawa taat kepada suami, dan mengakui hak-hak suami, sama pahalanya dengan berperang dan bertempur dengan musuh-musuh Islam di medan pertempuran, tetapi sedikit sangat daripada isteri-isteri yang menyempurnakan hak-hak suami mereka." (Hadis riwayat Al Imam Bazzar). Isteri adalah pusat dan sumber kebahagiaan dan ketenteraman di dalam sebuah rumahtangga. Ia perlu mempunyai sifat-sifat sabar dan perhatian yang sepenuhnya kepada suami dan juga anak-anak.

Sikap inilah yang boleh mewujudkan suasana yang tenang, aman dan damai dalam rumahtangga. Dalam hal ini, para isteri sayugialah akan sentiasa bersikap baik kepada suami.
Saidina Abu Bakar Radhiallahu Anhu meriwayatkan bahawa Rasullullah Sallallahu Alaihi Wasallam pernah bersabda: "Seorang wanita yang menyakiti hati suami dengan lidahnya, dia mendatangkan celaan dan kemurkaan Allah, para malaikat dan umat manusia."
Selain itu, Saidina Ali Radhiallahu Anhu meriwayatkan sebuah hadis mengenai setiap isteri yang tidak menghormati status suaminya. "Wanita yang berkata kepada suaminya yang tidak melihat apa-apa kebaikan pada suaminya, Allah menghapuskan segala perbuatan baiknya selama 70 tahun, walaupun dia berpuasa selama itu siang hari dan bersembahyang pada malamnya." (Hadis Riwayat Imam Majah dan An-Nasai)

Berdasarkan huraian ringkas di atas, para wanita semestinyalah mengamalkan sikap taat dan bertakwa kepada Allah, bertanggungjawab kepada suami dan menjaga kehormatan dirinya. Semoga dengan itu, akan mudahlah mereka mendapat rahmat dan keredhaan Allah. Rahmat dan redha Allah itulah yang akan menjamin kebahagian hidupnya di dunia dan di akhirat.

Disaat ku bertugas diluar kawasan berminggu-minggu lamanya, dia mengambil tugas sebagai ketua keluarga untuk membentuk peribadi anak2 ku, menyediakan keperluan dan sebagainya. Seorang lelaki belum tentu mampu untuk mengambil alih tugas tersebut sepertimana seorang isteri dapat melakukannya dengan baik.

Hariannya dipenuhi dengan program usrah kesana- kemari semuanya untuk dipersembahkan kepada suami setelah pulang..mmmmm mulalah "abang meh sini kejap, ni nak kongsi apa yang ma belajar tadi" katanya. Dan tiada alasan yang boleh diberi akukan mendengarnya dengan teliti. Mungkin aku takkan dapat menempuhi liku2 hidup yang penuh pancaroba ini dengan sendiri tanpa sokongan darimu wahai isteriku. Terima kasih kuucapkan kerana sudi untuk menjadi isteriku dan memberiku puteri2 yang diharap dapat menyumbang sesuatu kepada masyarakat dan agama kelak. Sesungguhnya aku amat menyintaimu dan maafkan segala kesalahan yang pernah ku lakukan padamu. Semoga usia pernikahan ini adalah selamanya, hanya ajal yang bisa memisahkan kita. Terima kasih sekali lagi kerana menjadi isteriku.

Salam sayang dari suamimu yang dikejauhan, ku kan pulang tak lama lagi, Insyaallah.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Detik Pemergianmu

Selamat Menghayati Ramadhan Al-Mubarak