BERJALAN MELIHAT MENTAFSIR

Semasa musim cuti sekolah yang lepas kami sekeluarga merancang percutian ke Cameron Highlands. Terletak di satu daerah di negeri Pahang. Ia adalah satu daripada keajaiban Malaysia, daerahnya juga besar dan ia terletak diantara gunung/bukit peranginan yang sangat dingin. Di kawasan tanah tinggi yang cantik ini tesergam cottage English yang  menarik hasil peninggalan Colonial British dahulu. Disini anda akan merasa seperti berada diluar negara sebab keadaan suassana yang dingin dan ramai pelancong luar dari Eropah, jepun, China dan lain2 lagi.



 
 
Sebagai diantara pengeluar utama sayur-sayuran utama di Malaysia dia juga mempunyai ladang-ladang the yang berskala besar kawasannya. Dengan mempunyai tumbuh-tumbuhan yang ajaib seperti bunga-bungaan yang cantik, orkid liar yang tumbuh di tepi jalan dan buah buahan yang tidak terdapat di tempat lain. Kalau tuan-tuan bercadang untuk pergi melawat ke tempat ini saya sarankan tuan membawa kamera untuk mengabdikan kenangan yang bernilai disini.
Bersedia untuk menikmati pemandangan yang mempersonakan dan  mengkhayalkan. Semasa keberadaan saya dan keluarga disini suhu semasa adalah 21°C dan ia boleh menjatuh sehingga 16°C. 

Kami sekeluarga menginap disalah sebuah hotel di Brinchang, ia adalah tempat yang amat strategik kerana ia berada ditengah-tengah samada nak keatas atau kebawah. Ia terletak 4km dari Tanah Rata. Apa yang bestnya saya dan keluarga tinggal di hotel berdekatan dengan Pasar Malam Brinchang depan Balai Polis. Pelbagal makanan yang lazat terdapat strawberry celup coklat, sayur goreng tepung, ubi madu, ice-cream strawberry dan lain lagilah, nak cerita banyak sangat.
 
Lokasi pertama adalah Ladang strawberry, dimana-mana pun ada ladang strawberry. Semuanya menyediakan strawberry yang ditanam sendiri dan ada juga yang mempelbagaikan hasil daripada strawberry dengan membuat jeruk,jem, cokelat dan sebagainya. Semuanya dijual dengan harga yang berpatutan dan ada juga yang mahal, disini ia memerlukan kebijaksanaan anda sebagai pengguna yang tahu memilih. Tips untuk sesiapa yang mau makan strawberry yang manis adalah, sila pilih buah yang merah dan ranum, insyaallah ianya manis. Tetapi kalau dah bawa turun, buahnya dah tak manis. Ada juga ladang yang menawarkan  anda untuk memetik strawberry anda sendiri tapi mahal lah sikit. Ada juga buah strawberry yang agak pelik bentuknya, tetapi rasanya sama dengan rasa buah yang lain. Kalau tuan puan pergi nanti silalah makan sepuas-puasnya, kalau nak sedap makan dengan susu pekat manis...rasanya sangat sedap. Anak-anak saya sangat menyukai buah ini, tu yang kena beli banyak-banyak buat stok tapi awas sesiapa yang pakai baju warna putih, sebab warnanya akan melekat pada pakaian.
Lawatan anda tidak akan bermakna jikalau tidak ke Ladang Teh. Ianya adalah salah satu benda yang wajib dilawati. Anda boleh berkunjung ke Kilang Teh dan melihat sendiri bagaimana teh diproses dan anda boleh bersantai di café sambil menghirup secawah teh. Dengan pemandangan yang saujana hijau ia boleh dikatakan tempat yang sangat elok untuk merehatkan fikiran dan minda dengan memandang benda-benda hijau ciptaan tuhan.
Ada juga tempat lain yang menarik seperti Pasar Malam, Ladang Madu Lebah, Ladang Rose, Ladang Sayur-sayuran. Hati-hati membeli buah kerana ada buah yang telah diproses secara chemically dan dijual dengan harga yang sangat mahal, contohnya buah jambu yang telah diperam denagn pewarna tiruan, dijual dengan harga yang mahal. Tetapi mereka tak cakap ianya buah jambu. Kalau tak berhati-hati anda mungkin akan tertipu.
 Semasa di Bees Farm, kami diberi peluang untuk masuk secara percuma dan melihat sendiri tempat menternak lebah denagn secara dekat. lebah disini semuanya friendly. bzzzzzzzz..honey bees.
 
Cukuplah kalau nak diceritakan semuanya mesti tak habis. Pendek cerita silalah melawat ketempat peranginan didalam Negara. Pandu cermat jiwa duit selamat.Cuti-cuti Malaysia.
Kami berada disana selama 3 hari 2 malam. Aktiviti malam disini hanyalah berada di bilik bersama keluarga. Orang disini lebih memilih membuat aktiviti dalaman kerana suhu luar sangat sejuk pada malam hari. Dan ini adalah salah satu percutian yang sangat bernilai setelah selama beberapa tahun ini saya asyik menumpukan perhatian pada pekerjaan sahaja. BERJALAN MELIHAT MENTAFSIR itulah kata-kata yang paling sesuai untuk coretan ini. Wasallam.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Detik Pemergianmu

Selamat Menghayati Ramadhan Al-Mubarak