Assalamualaikum semua,

Dah lama betul tak singgah kat blog ni, dah bersawang berhabuk dah. Sekarang ni saya jarang ke offshore dan banyak masa dihabiskan di office. Sebelum ini banyak masa dihabiskan di tempat kerja berbanding dengan keluarga dan tibalah masanya untuk membayar semula masa dahulu yang banyak terluang. Biasalah duduk dengan family ni melayan keletah anak, ada lima anak, masing2 mempunyai perwatakan yang berlainan, dan saya semakin mengenali hati budi dan perangai setiap orang anak. Mungkin selama ini pentadbiran keluar banyak diserahkan kepada isteri tercinta, dialah ummi dialah abi, dialah driver, dialah bibik semua dia. Kasihan dia.
Setelah bekerja didarat ni saya telah berhijrah semula ke Selangor, negeri dimana saya dibesarkan setelah hampir lebih kurang sepuluh tahun menetap di Terengganu Darul Iman. Apapun Terengganu satu negeri yang amat indah dan penduduknya memang peramah. “hujan emas dinegeri orang, hujan batu dinegeri sendiri, baik lagi dinegeri sendiri” setelah bekerja di pejabat ni, saya pun membawa keluarga berpindah ke Sepang, disini kami duduk di kawasan kampong Jawa dalam kawasan kelapa sawit yang sangat aman damai. “kabare wak?, waras” hahahahhaah.
Apapun kami sekeluarga sangat enjoy setelah berpindah Cuma ada beberapa benda yang nak kena tune semula dan benda ni amat susuah sikit nak tune mungkin makan masa sikit. Sekolah rendah dekat, sekolah agama dekat, yang paling penting Masjid sangat dekat dengan rumah. Fatimah dah darjah 5, Khadijah dah darjah 1, Asiah tadika 6 tahun, tinggal Maryam dan Yusuf menemani Ummi di rumah tolong kemas dan sapu sampah.
Apabila berpindah disini, berdekatan dengan Emak, Abah dan adik beradik lain. Mungkin inilah masanya nak bermanja-manja semula dengan emak dan abah setelah lama hidup berjauhan dengan mereka, umur mak abah pun dah semakin banyak, dan buatlah apa2 yang patut untuk mereka.
Apapun  saya berharap sangat kehidupan ini akan berubah kepada yang lebih baik dan cuba untuk menjadi insan yang berguna, berbakti pada yang memerlukan. Apapun sekarang ni amat merindukan kehidupa di offshore dulu. Wasallam.

Sengal otak sebab tak dapat balik beraya 2012. Lokasi Perintis FPSO M3NERGY

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Detik Pemergianmu

Selamat Menghayati Ramadhan Al-Mubarak