Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2010

Ghibah secara Online

Imej
Gambar Sekadar Hiasan Segala puji Bagi Allah Yang Maha Pengampun segala kesalahan dan Maha Menerima taubat hamba-Nya. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad, keluarga dan sahabat Baginda. Jika diperhatikan hubungan sesama muslim, kita akan dapati satu fenomena yang amat mendukacitakan dan memalukan gagi seorang mukmin, dengan ikatan persaudaraan yang dirobek dan simpulan ukhuwwah yang terungkai, disebabkan oleh sangkaan dan prasangka buruk, syak wasangka dan tuduhan yang tidak berasas. Lemah pengetahuan dan akibat daripada cetek ilmu mendorong individu melakukan perkara ini. Scenario zaman masakini mengumpat adalah salah satu agenda penting tak kira pun dimana kita berada, di pejabat dengan ahli mesyuarat kedai kopi, di rumah dengan ahli mesyuarat tingkap, di radio secara ‘live’ dan pada zaman teknologi ni mengumpat secara ‘online’ di laman sembang sosial. Ini boleh dikatakan never ending mengumpat, online, online. Tentunya pembaca tak terlepas daripada perkara ini yang