Ghibah secara Online



Gambar Sekadar Hiasan

Segala puji Bagi Allah Yang Maha Pengampun segala kesalahan dan Maha Menerima taubat hamba-Nya. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad, keluarga dan sahabat Baginda.

Jika diperhatikan hubungan sesama muslim, kita akan dapati satu fenomena yang amat mendukacitakan dan memalukan gagi seorang mukmin, dengan ikatan persaudaraan yang dirobek dan simpulan ukhuwwah yang terungkai, disebabkan oleh sangkaan dan prasangka buruk, syak wasangka dan tuduhan yang tidak berasas. Lemah pengetahuan dan akibat daripada cetek ilmu mendorong individu melakukan perkara ini.
Scenario zaman masakini mengumpat adalah salah satu agenda penting tak kira pun dimana kita berada, di pejabat dengan ahli mesyuarat kedai kopi, di rumah dengan ahli mesyuarat tingkap, di radio secara ‘live’ dan pada zaman teknologi ni mengumpat secara ‘online’ di laman sembang sosial. Ini boleh dikatakan never ending mengumpat, online, online. Tentunya pembaca tak terlepas daripada perkara ini yang secara komersialnya di nyatakan sebagai ‘gossip’. Biasanya kaum perempuan memang sinonim dengan perkara ini, tetapi jangan buat tak tahu bahawa kaum lelaki juga ada yang suka mengumpat.

“jika seseorang datang kepada kamu mengumpat hal orang lain, nescaya dibelakang kamu juga dia kan mengumpat kamu, so janganlah nak cuba untuk mendengar orang mengumpat. Lari jauh2 – Zuraydah-

Pakar motivasi terkenal, Dr Fadzilah Kamsah ada menyatakan bahawa mendengar orang mengumpat boleh menyebabkan hati menjadi kotor. Dan cara2 untuk menyucikan hati adalah dengan tidak mendengar orang mengumpat sesame sendiri. Mengumpat atau gossip ini boleh dikatakan makanan jiwa bagi seseorang yang biasa melakukannya. Seperti solat, orang yang sentiasa solat, mengaji ilmu pasti akan berasa kosong sekiranya jiwa tidak diisi dengan perkara2 yang boleh mendatangakan menfaat. Nah, orang yang sentiasa bergossip pasti tidak akan duduk senang sekiranya benda yang tidak keluar dari mulut itu seperti benda yang boleh mendatangkan aib buat diri orang lain. Merasakan diri puas setelah melakukan beberapa umpatan yang merasakan dirinya lengkap pada hari tersebut. Merasakan diri betul, benar dan tidak ada orang lain yang boleh menafikan perkara yang dibuat. Ini adalah penyakit hati.

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan, kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari keaiban orang lain dan janganlah kamu mengumpat akan setengahnya yang lain. Adakah ada diantara kamu yang sukamemaklan daging saudaranya yang telah mati? Tentu kamu berasa jijik, dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha penerima taubat, Maha penyayang”. [Al-Hujurat: 12].

Hubungan yang murni dan suci sesama manusia merupakan maqasid (tujuan syariat) Islam, iaitu husnudzan(bersangka baik), berlapang dada, mesra, kasihan belas, ukhuwwah, berkasih sayang dan sebagainya. Adalah menjadi kewajipan ke atas kita untuk mengekalkan hubungan dan ikatan sesama insan seteguh piling yang ditanam dan sekukuh KLCC yang dibina, kita hendaklah bertemu manusia dengan dada yang lapang, hati yang bersih dan muka yang manis. Seterusnya kita hendaklah berbaik sangka dalam hubungan sesama manusia, menjauhkan sikap memandang serong kepada amalan orang, pegangan (aqidah) dan perkataan mereka.

Dari Sa’id bin Al-Musayyib rh katanya: ‘Telah menulis kepada saya beberapa orang ikhwah daripada sahabat Rasulullah S.A.W: Hendaklah engkau meletakkan urusan/perkara saudara engkau di tempat yang sebaiknya selagi kamu tidak didatangi oleh perkara yang menurunkannya dan jangan kamu menyangka satu kalimah yang keluar daripada seorang muslim itu tidak baik sedangkan kamu masih ada peluang untuk menjadikannya baik’.
Dan renungka ayat suci Al-Quran yang berbunyi.

Maksudnya: “Dan orang-orang yang menyakiti orang lelaki dan perempuan yang beriman dengan perkataan atau perbuatan tanpa kesalahan yang mereka lakukan, maka sesungguhnya mereka telah memikul kesalahan menuduh secara dusta dan berbuat dosa yang amat nyata”. [Al-Ahzab 58].

Mengumpat juga dikatakan harus dalam islam sekiranya beberapa perkara tersebut. Imam Nawawi telah menetapkan enam keadaan di mana mengumpat adalah diharuskan. (Al Azkar – Imam Nawawi hal. 303)


1- Ketika Dizalimi.
2- Meminta Pertolongan Untuk Mencegah Kemungkaran.
3- Ketika Meminta Fatwa.
4- Mengingatkan Orang Islam Dan Menakutkan Mereka Tentang Sesuatu Kejahatan Dan Bidah.
5- Umpatan ke Atas Mereka Yang Menzahirkan Maksiat.
6- Memberi Gelaran Kepada Seseorang Untuk Pengenalan Pada Ketika Yang Diperlukan.



Point yang berikut ada huraian yang panjang lebar yang tidak dapat saya sertakan pada kali ini. Semoga kita menjadi mukmin yang menjauhi perkara tersebut dan menerima dangan lapang dada terhadap sesuatu perkara atau isu. Disini saya menasihatkan kepada diri sendiri terutamanya, janganlah kita melakukan perkara tersebut, lebih baik diam daripada berkata-kata, kerana diam itu lebih baik daripada berkata tanpa tujuan dan objektif. Diam bukan bererti bodoh atau tidak tahu, kerana memendam rasa itu adalah sesuatu yang jarang sekali dapat dibuat oleh seorang mukmin yang berakal.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Detik Pemergianmu

Selamat Menghayati Ramadhan Al-Mubarak