CINTA RAMA-RAMA KEPOMPONG PERKAHWINAN
Seseorang telah menyatakan pendiriannya kepada ku mengenai cinta dan perhubungan bahawa ianya memerlukan suatu process yang diibaratkan sebagai seekor ulat dan kepompong sebelum menjadi Rama-rama yang cantik. Pada proses awalnya bermula daripada telur, seterusnya menjadi ulat dan terus menjadi kepompong dan selepas suatu ketika dan masa maka terjadilah Rama-rama yang sangat mempersonakan. Penulis lebuh suka mengaitkan proses tersebut dengan satu proses sebelum berlakunya ikatan sebuah perkahwinan menurut islam. ULAT - Pada asalnya telur tadi sebelum menjadi lava atau ulat, kuibaratkan bermulanya bibit2 cinta. Disaat2 inilah kata2 manis dan puji-pijian akan sring diungkapkan dari didalam proses yang dinamakan ta’aruf tersebut. Berterus-terang adalah kunci dalam satu perhubungan yang sihat, tetapi tidak semua perkara harus di ceritakan kerana ia memerlukan peringkat demi peringkat mengikut kesesuaian dan factor usia sesuatu persahabatan tersebut.